Mar 24, 2011

Tunggangan

Assalamualaikum..

Sudah masuk 3 bulan bah ni aku jadi cikgu.. ndak sedar2 bah.. akhirnya aku berjaya juga memiliki sebuah tunggangan milik ku sendiri. aku bersyukur sgt.. alhamdulillah.. Segala ni hasil titik peluhku sendiri. inilah hasil setelah 1 tahun belajar di tadika, 6 tahun sekolah rendah, 7 tahun sekolah menengah dan 4 tahun d universiti. thanks to my mum n father coz membesarkan aku dengan sabar. ini juga hasil titik peluh dan penat lelah mereka. love u all so much..

Actually keta ini juga aku tujukan buat seseorang.. harap dia juga gembira.. hahahhaa.. macam anugerah pula.. apa pun aku sangat gembira.. gembira dan gembira.. terima kasih ya ALLAH kerana memurahkan rezeki ku.. aku sentiasa akan ingat kepada MU.. murahkan lah rezeki ku slalu.. amin..


Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)



Inilah Tungganganku Yang Pertama.
(Alza Advance 1.5)


Oklah.. wassalam.. :D
MrSuhaili@Cekodok

Mar 15, 2011

Indah di mata, di hati, di dunia dan di akhirat..

Assalamualaikum sahabat semua.

Awal pagi lagi aku sda bangun dan terfikirkan sesuatu yang merunsingkan diriku.. "indah di mata, di hati, di dunia dan di akhirat".. maybe ini tajuk yang sesuai bagi post aku kali ni. akhir2 ni aku sering mendengar berita tentang pertunangan kawan2 or perkahwinan kawan2.. tahniah lah ya. hope kamu mendapat pasangan yang tepat. Aku? lama lagi rasanya.. ada jodoh, insyaALLAH..

berbalik kepada tajuk post aku hari ni.. sejak 3 tahun lepas aku menjumpai sesorang yang aku impikan untuk dijadikan calon hidup ku.. jika mau dibandingkan aku n dia, mmg byk yg perlu aku perbaiki pada diriku. masalahnya, salahkah aku mengharapkan dia utk dapat merubah diriku yang jahil ini? bagi aku mmg dia indah di mataku, indah di hatiku, indah di duniaku.. aku juga mengharap dia juga dapat mengindahkan akhiratku..

hah.. tanggungjawab ku apalah kalau mcm gitu? jeng jeng jeng.. aku just perlukan dorongan. dunia ni penuh dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan. kadang-kadang aku terlupa. kadng-kadang aku khayal. kadang-kadang aku leka. aku harap dia mampu membawaku balik kejalan yang betul. ketahuilah wahai sahabatku.. tiada manusia yang sempurna di dunia ini..

apa pun.. aku masih dalam proses menuntut ilmu.. jauh lg perjalanan ku sebagai seorang muslim. byk lg perlu aku tahu. kepada sahabat2 ku... aku perlukan dorongan mu.. :( amin, saleh, huzaifah.. maybe kamu 3 cukuplah untuk terus membantu sahabat mu ni.. assalamualaikum...

Feb 4, 2011

Aku seorang CIKGU?

Assalamualaikum..

Suatu hari aku berjalan d garaj kereta kemudian satu suara menyapaku.. "assalamualaikum cikgu.".. huh.. rupanya aku sudah menjadi seorang cikgu yang sebenar. bermulalah satu cabaran baru buat diriku. tanggungjawab menjadi lebih berat. aku bermula dengan tugas yang agak ringan. namun, semakin hari semakin menjabar kehidupan yang aku lalui. apapun seronok rasanya bila aku mendapat gaji pertamaku. hahaha..

Lepas tu aku merasa tanggungjawab ku bertambah berat. bukan saja terhadap anak murid, malah terhadap ibu bapa dan keluarga ku jg. hehehe.. nnt aku cerita mcm mana life aku sebagai seorang guru. bye bye.. wassalam...